Semi-D Tepi Tasik dengan Ruang Besar & Lifestyle Eksklusif
Water Edge Semi-D sesuai untuk pembeli yang sedang mencari kediaman lebih luas, lebih tenang dan lebih bernilai untuk jangka panjang. Terletak dalam pembangunan township The Lakes seluas 500 ekar di Batu Gajah, projek ni menawarkan suasana kediaman berkonsepkan lakeside living yang jarang ditemui.
Dengan jumlah unit yang terhad, Water Edge bukan sekadar rumah untuk diduduki, tapi satu pilihan gaya hidup untuk keluarga yang mahukan ruang, privasi dan persekitaran yang lebih tenang.
Maklumat Ringkas Projek
Jenis rumah: 2 tingkat semi-detached
Saiz tanah: 40’ x 80’
Keluasan binaan: 2,835 sqft
Bilik tidur: 4 bilik
Bilik air: 5 bilik air
Tambahan: 1 bilik utiliti
Harga: Dari RM798,800
Jumlah unit: Terhad, hanya 20 unit
Status: Sedang dalam pembinaan
Anggaran siap: Q1/Q2 2027
Kelebihan Utama Water Edge Semi-D
Water Edge menawarkan saiz tanah yang besar sesuai untuk keluarga yang perlukan ruang lebih selesa. Susun atur rumah direka dengan ruang tamu luas, ruang makan selesa, dapur praktikal dan konsep al-fresco dining bersama outdoor kitchen.
Kediaman ni juga dilengkapi siling plaster untuk keseluruhan rumah, memberi rasa kemasan yang lebih moden dan premium.
Gaya Hidup Tepi Tasik
Antara tarikan utama Water Edge ialah suasana lakeside living. Bayangkan balik kerja, terus masuk ke kawasan kediaman yang lebih tenang, dikelilingi kehijauan, tasik dan ruang terbuka.
Lokasinya juga walking distance ke Lakeside Garden sesuai untuk riadah petang, aktiviti keluarga dan ruang anak-anak membesar dalam persekitaran yang lebih lapang.
Rumah ni sesuai untuk:
Keluarga yang mahu upgrade dari rumah teres
Pembeli yang mahukan rumah lebih luas dan privasi
Pasangan muda berpendapatan stabil
Keluarga yang suka lifestyle tenang, eksklusif dan dekat dengan alam
Pembeli yang melihat hartanah sebagai aset jangka panjang
Kenapa Perlu Pertimbangkan Sekarang?
Unit Water Edge sangat terhad dan pilihan lot yang menarik seperti corner, lake view dan premium lot biasanya lebih cepat menjadi pilihan pembeli awal.
Selain kediaman yang luas, pembeli juga mendapat kelebihan berada dalam township berskala besar yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang.
Pakej Promosi
Free legal fee & stamp duty untuk SPA dan loan
Early bird free gift
Harga bermula dari RM798,800
Tertakluk kepada terma dan syarat pemaju.